Cake Silicone Mould Pemberian Dari Suami Tersayang

Thursday, May 10, 2012

(1) Comments


Assalamualaikum.... Salam manis dari CT buat teman-teman yang sudi singgah ke blog CT ni ya. Walaupun jarang sekali CT update blog CT yang satu ni. Namun sering jugalah CT bersihkan jangan dibiar tidak berpenghuni selamanya. Sayang rasanya kalau dibiar begitu saja kan.

Berbalik pada entri CT kali ni. Haa.... sudah lama CT mengidam yang satu ni. Kalau setiap kali ada teman-teman yang buat kek atau puding dok tayang SM (Silicone Mould) ni aduhaiiii.... mahu menangis rasanya hahaha. Apa tidaknya hajat dihati memang hendak beli, tapi bila melihat harganya di kedai area KL ni, aduhai, ku pendam ajelah keinginan untuk memilikinya.

Tapi sekarang CT dah boleh tersenyum gembira melebihi telinga aje rasanya hehehe. Akhirnya suami memahami keinginan isteri terchenta untuk memiliki SM ni macam teman-teman yang lain juga. Alhamdulillah... terima kasih My laling, syukur sangat-sangat. Lepas ni bolehlah CT tayang kek atau puding yang cantikkan... Insya'Allah doakan lah Che CT rajin ya hehehe.

Tunggu ajelah hasilnya nanti, CT pun dah tak sabar juga nak memecahkan 'dara' SM ni. Moga-moga tiada masalah pada acuan silicone ni seperti yang terjadi pada seorang teman di FB katanya acuan silicone nya bila dibakar, kek itu kan hangus, pada hal suhu oven dah diturunkan. CT pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Nampaknya CT kenalah tanya pada teman-teman yang dah pernah mengunakan acuan SM ni lah kan. Harap-harap tidak terjadi kejadian yang sama pada acuan baru kesayangan CT ni.

Tak sabar dah ni, bilalah nak mula membaking erk hehehe. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaa....


CT Delima

Bersawang & Bunga Dari Nieza Finland

Thursday, April 05, 2012

(0) Comments




Assalamualaikum... Salam mesra dan salam ceria buat pengunjung blog Sitidelima2 ni. Jika ada yang sudi menjengah blog CT ni terima kasih banyak-banyak. Rasanya agak lama juga CT tak mengemas kini blog yang satu ni. Sepi aje bagaikan rumah kosong yang tidak berpenghuni dan tidak dijaga atau menunggu untuk rebah aje lagaknya... hihihi. Bukan disengajakan, banyak sebenarnya yang hendak CT kongsikan bersama teman-teman CT sebenarnya. Cuma masa sekarang amat terbatas untuk CT kongsikan kisah kehidupan seharian CT disini. Lagi pun blog Dari Dapur CT tu pun dah sekali sekala CT update. Tapi masih maintain dijaga dan sentiasa dibersihkan jadi tidaklah bersawang atau habuk beterbangan sana sini... hihihi

Berbalik pada entri kali ni, masih berkisar blog CT yang ini lah ya, rasa sayang sebenarnya nak tutup. Sebab CT ada lagi satu blog yang dah lama juga CT biarkan. Blog Taman Syurga Abadi. Itulah blog pertama yang CT dan suami buat mula-mula dulu. Kalau ada yang dah pernah masuk dan mengikuti perkembangan kami sekluarga disitu, terima kasih yang tak terhingga. Di situ juga banyak cerita yang telah CT kongsikan bersama tentang kehidupan kami sebelum-sebelum ni. Kalau nak tahu kenalah singgah dan scroll sampai bawah ya, kalau rajinlah... hihihi. Itu pun kalau tak berhabuklah ya.



Hari ni CT banyak masa sedikit jadi dapatlah CT singgah dan meninggalkan komen kat blog teman-teman CT semua. Dalam pada itu CT berkunjung ke blog Nieza yang yang berada di Finland tu. Lama juga CT tak menjengah dan mengetuk pintu dapur Nieza ni. Tup-tup sampai sana ada hadiah yang Nieza berikan buat semua pengunjung setia blog Our Journey Begins sempena 2nd Annivesary blog beliau. Cantik sangat bunga-bunga yang segar tu, tak tunggu lama-lama CT angkut terus bawak balik... hehehe. Terima kasih Nieza semoga perkongsian resipi yang Nieza berikan selama ini sentiasa mendapat keberkatan dariNYA.... Aminnn



CT gantung frame bunga-bunga ni kat dinding blog CT agar cantik berseri dan mewangi selamanya... hihihi. Salam manis dari CT. Daaa.....

CT Delima

Bersama Geng2 K.A.M.I.E

Saturday, November 12, 2011

(3) Comments


Gambar kenangan bersama Geng2 K.A.M.I.E dihari majlis perkahwinan sahabat baik kami En Shaizhar dan isteri Nazuha pada 12hb November 2011 di Dewan Serbaguna Perumahan Kastam WPKL. Macam biasa setiap kali berjumpa mesti akan terselit gambar2 kenangan yang akan kami abadikan sebelum berpisah. Gambar pengantin tak ada kalau nak lihat kenalah singgah di FB Che CT ya... hehehe. Ini pun gambar pengantin juga, tapi pengantin lama bukan pengantin baru. Tapi CINTA dan KASIH SAYANG tetap baru dan segar dalam hati setiap masa dan waktu :) Bersama Che CT serta My laling Che Mat dan sahabat baik Sis Lin & suami terchenta En Sabar.


Dan sebahagian dari gambar2 yang sempat diambil sebelum ke majlis dan selepas majlis perkahwinan. Jom layan aksi2 Geng2 K.A.M.I.E ni ya :)





CT Delima

,

Selamat Hari Raya Aidildaha 2011

Friday, November 04, 2011

(2) Comments



Selamat Menyambut Hari Raya aidiladha buat semua teman2 Che CT walau dimana jua berada.
Jika dipanjangkan umur dapatlah kita sama2 menyambut hari raya haji pada 6 hb November 2011 bersamaan 10 hb Z.Hijjah. Seperti tahun2 yang lepas CT juga tak dapat balik ke kampung untuk sama2 beraya bersama keluarga CT dan keluarga Mertua di Johor. Kerinduan untuk bersama keluarga memang siapa pun tak dapat meluahkan dengan kata2. Hanya doa dan harapan keluarga di kampung sentiasa diberi kesihatan yang baik setiap waktu hendaknya.

Bukan sengaja tidak mahu balik ke kampung. Tapi kedua2 anak bujang CT, Daniel dan Haqim masih belum habis peperiksaan di Sekolah Agama. Hari peperiksaan tu habis 8 hb November, terpaksalah kami sekeluarga beraya di KL saje. Tahun lepas juga kami beraya di KL juga. Insya'Allah semoga tahun depan dapatlah kami menyambut raya haji dikampung hendaknya.

Doa CT semoga di hari raya nanti kami sekluarga diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah kami menunaikan solat hari raya aidiladha di masjid Putrajaya. Tahun lepas solat di Masjid Negara dan dapat berjumpa dengan Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Harap kali ini jika solat raya di Putrajaya dapat berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pulak... insya'Allah.




Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua teman2 CT tersayang. Hati2 jika memandu kenderaan semasa dijalan raya. Bertimbang rasa serta SABAR adalah satu amalan yang sangat mulia dan sentiasa berwaspada setiap masa. Kegembiraan itu jangan kita gantikan dengan kedukaan. Semoga setiap perjalanan akan dipermudahkan dan selamat sampai ke distinasi masing2... aminnnnn.

CT Delima

,

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Tahun

Thursday, October 27, 2011

(5) Comments


Che Mat & Che CT

Tanggal 26 hb Oktober genaplah usia perkahwinan kami berdua yang ke 20 tahun. Usia yang agak lama untuk kami kecapi bersama penuh dengan onak duri, berbagai dugaan yang kami tempuhi. Susah senang kami harungi bersama. Dan dikurniakan dengan anak2 yang sangat kami sayangi 4 orang semuanya. Semoga zuriat2 kami ini akan menjadi anak2 yang soleh dan soleha. Anak2 yang boleh mendoakan untuk kami berdua jika kami telah tiada nanti, insya'Allah... Aminnn Ya Rabbal Alamin..

Duhai suamiku tersayang,

Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku.

Ya Allah,
Hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.


Ya Allah,
Izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit dihati kami.


Ya Allah, berkatilah Cinta dan Kasih sayang kami berdua.


CT Delima

,

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Thursday, October 20, 2011

(1) Comments


Selamat hari lahir suami tersayang Rahmat Hj Abd Aziz yang ke 43 tahun. Alahmdulillah.... Har ini Rabu 19 hb Oktober bersamaan 21 Zulkaedah 1432 hijrah, adalah hari kelahiran suami yang tersayang. Ku panjatkan doa buat sumai sentiasa semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkataan hidup didunia dan akhirat serta bahagia disampaing anak dan diriku juga... Aminnn Ya-RabbalAlamin.

Tiada yang lebih istimewa selain mendapat kasih sayang dari insan yang terchenta kan. Sekurang2nya CT lebih bahagia bersama anak2 dan suami setiap waktu dan ketika. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan ni akan kekal sampai kehujung nyawa... insya'Allah.

Tiada hadiah yang istimewa yang dapat CT berikan pada hari lahir suami tersayang. Hanya mendoakan kesejahteraan suami setiap waktu dan ketika. Serta menyediakan makanan istimewa buatnya dan kek sebagai menyambut hari kelahiranya hari ini. Semoga segala2nya mendapat keberkataan buat kami sekluarga... Aminnnn.

Mama sentiasa menyayangi Abang setiap masa dan waktu hingga akhir hayat Mama... I LOVE YOU so muah ... muahhhh!

CT Delima

,

SALAM RAMADHAN - E-KAD DARI NOORSHA & NekPP

Saturday, July 30, 2011

(0) Comments


Assalamualaikum... Salam mesra dari CT. CT ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih pada Noorsha kerana sudi memberi E-Kad ni untuk Kak CT. Alhamdulillah, semoga kita sama2 dapat menyambut dan menunaikan ibadah puasa ini bersama2. Kak CT juga memohon kemaafan andai Kak CT juga ada melakukan kesilapan dari tutur kata mahu pun bicara dalam Dapur CT. Harap dapatlah dimaafi, segala kesilapan tu datangnya dari kita. Selamat menuanaikan ibadah puasa buat Noorsha dan family dan juga teman2 semua.



Ini pula E-Kad dari NekPP atau Yatie, terima kasih Yatie. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Salam ridnu dari Kak CT buat Yatie.


CT Delima