Saturday, November 12, 2011

Bersama Geng2 K.A.M.I.E


Gambar kenangan bersama Geng2 K.A.M.I.E dihari majlis perkahwinan sahabat baik kami En Shaizhar dan isteri Nazuha pada 12hb November 2011 di Dewan Serbaguna Perumahan Kastam WPKL. Macam biasa setiap kali berjumpa mesti akan terselit gambar2 kenangan yang akan kami abadikan sebelum berpisah. Gambar pengantin tak ada kalau nak lihat kenalah singgah di FB Che CT ya... hehehe. Ini pun gambar pengantin juga, tapi pengantin lama bukan pengantin baru. Tapi CINTA dan KASIH SAYANG tetap baru dan segar dalam hati setiap masa dan waktu :) Bersama Che CT serta My laling Che Mat dan sahabat baik Sis Lin & suami terchenta En Sabar.


Dan sebahagian dari gambar2 yang sempat diambil sebelum ke majlis dan selepas majlis perkahwinan. Jom layan aksi2 Geng2 K.A.M.I.E ni ya :)





Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidildaha 2011



Selamat Menyambut Hari Raya aidiladha buat semua teman2 Che CT walau dimana jua berada.
Jika dipanjangkan umur dapatlah kita sama2 menyambut hari raya haji pada 6 hb November 2011 bersamaan 10 hb Z.Hijjah. Seperti tahun2 yang lepas CT juga tak dapat balik ke kampung untuk sama2 beraya bersama keluarga CT dan keluarga Mertua di Johor. Kerinduan untuk bersama keluarga memang siapa pun tak dapat meluahkan dengan kata2. Hanya doa dan harapan keluarga di kampung sentiasa diberi kesihatan yang baik setiap waktu hendaknya.

Bukan sengaja tidak mahu balik ke kampung. Tapi kedua2 anak bujang CT, Daniel dan Haqim masih belum habis peperiksaan di Sekolah Agama. Hari peperiksaan tu habis 8 hb November, terpaksalah kami sekeluarga beraya di KL saje. Tahun lepas juga kami beraya di KL juga. Insya'Allah semoga tahun depan dapatlah kami menyambut raya haji dikampung hendaknya.

Doa CT semoga di hari raya nanti kami sekluarga diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah kami menunaikan solat hari raya aidiladha di masjid Putrajaya. Tahun lepas solat di Masjid Negara dan dapat berjumpa dengan Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Harap kali ini jika solat raya di Putrajaya dapat berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pulak... insya'Allah.




Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua teman2 CT tersayang. Hati2 jika memandu kenderaan semasa dijalan raya. Bertimbang rasa serta SABAR adalah satu amalan yang sangat mulia dan sentiasa berwaspada setiap masa. Kegembiraan itu jangan kita gantikan dengan kedukaan. Semoga setiap perjalanan akan dipermudahkan dan selamat sampai ke distinasi masing2... aminnnnn.

Thursday, October 27, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Tahun


Che Mat & Che CT

Tanggal 26 hb Oktober genaplah usia perkahwinan kami berdua yang ke 20 tahun. Usia yang agak lama untuk kami kecapi bersama penuh dengan onak duri, berbagai dugaan yang kami tempuhi. Susah senang kami harungi bersama. Dan dikurniakan dengan anak2 yang sangat kami sayangi 4 orang semuanya. Semoga zuriat2 kami ini akan menjadi anak2 yang soleh dan soleha. Anak2 yang boleh mendoakan untuk kami berdua jika kami telah tiada nanti, insya'Allah... Aminnn Ya Rabbal Alamin..

Duhai suamiku tersayang,

Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku.

Ya Allah,
Hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.


Ya Allah,
Izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit dihati kami.


Ya Allah, berkatilah Cinta dan Kasih sayang kami berdua.


Thursday, October 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


Selamat hari lahir suami tersayang Rahmat Hj Abd Aziz yang ke 43 tahun. Alahmdulillah.... Har ini Rabu 19 hb Oktober bersamaan 21 Zulkaedah 1432 hijrah, adalah hari kelahiran suami yang tersayang. Ku panjatkan doa buat sumai sentiasa semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkataan hidup didunia dan akhirat serta bahagia disampaing anak dan diriku juga... Aminnn Ya-RabbalAlamin.

Tiada yang lebih istimewa selain mendapat kasih sayang dari insan yang terchenta kan. Sekurang2nya CT lebih bahagia bersama anak2 dan suami setiap waktu dan ketika. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan ni akan kekal sampai kehujung nyawa... insya'Allah.

Tiada hadiah yang istimewa yang dapat CT berikan pada hari lahir suami tersayang. Hanya mendoakan kesejahteraan suami setiap waktu dan ketika. Serta menyediakan makanan istimewa buatnya dan kek sebagai menyambut hari kelahiranya hari ini. Semoga segala2nya mendapat keberkataan buat kami sekluarga... Aminnnn.

Mama sentiasa menyayangi Abang setiap masa dan waktu hingga akhir hayat Mama... I LOVE YOU so muah ... muahhhh!

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN - E-KAD DARI NOORSHA & NekPP


Assalamualaikum... Salam mesra dari CT. CT ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih pada Noorsha kerana sudi memberi E-Kad ni untuk Kak CT. Alhamdulillah, semoga kita sama2 dapat menyambut dan menunaikan ibadah puasa ini bersama2. Kak CT juga memohon kemaafan andai Kak CT juga ada melakukan kesilapan dari tutur kata mahu pun bicara dalam Dapur CT. Harap dapatlah dimaafi, segala kesilapan tu datangnya dari kita. Selamat menuanaikan ibadah puasa buat Noorsha dan family dan juga teman2 semua.



Ini pula E-Kad dari NekPP atau Yatie, terima kasih Yatie. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Salam ridnu dari Kak CT buat Yatie.


Tuesday, July 26, 2011

Gifts Dari Teman2, TQ All - B'day Che CT



Birthday card dari Gee ... Corat Coret Panoraman Hidup. Terima kasih Gee :D

Assalamualaikum... Salam mesra buat teman2 yang berkunjung ke sini. Dah lama CT nak update pemberian dari teman2 ni. Tapi Masa dah ambil tu, terlupa pulak save kat mana gamabr2 tu semua. Last2 CT cari sampai dapat barulah jumpa dan terus update dalam blog CT ni. Terima kasih atas ingatan ikhlas dari teman2 CT ni. Sayang kamu yang tak terhingga dari Che CT selamanya... muahhhh!!




Bunga Rose putih dari Blog DTS / Mat Gebu

Sebenarnya ini bukan birthday card, tapi CT ambil juga dari blog CMG. Sebab dia wish juga birthday CT kat blog Mat dan ada bunga ni sekali. Sangat cantik dan CT terus ambil... hihihi. Terima kasih ya Mat :D



Sejambak bunga dari Nor / Secubitgaram. CT ambil bunga ni dalam Facebook CT, terima kasih Nor... muahhh!


Kad ucapan Selamat hari lahir dari teman di Facebook Rahimah sekeluarga. Terima kasih banyak2 ya, sangat cantik CT suka sekali :D


Tuesday, July 19, 2011

AWARDS Lagiiiiii.... TQ




Hari ni macam sibuk sangat, cuaca yang panas amat melemahkan segala benda yang perlu CT lakukan. Nak duduk depat laptop pun macam kureng sikit lah. Kena tutup juga laptop tu sekejap, sebab panas sangat kesian kat 'buah hati' CT tu, nanti dah rosak kena beli yang baru. Mana nak cekau duit asik nak beli laptop baru jer memanjang, lain lah kalau kita ni bekerja kannn... hehehe.

Tadi bila CT on laptop macam biasa lah akan tengok kotak komen dulu. Baru menjengah blog teman2. Dan kakak kita yang baik hati Kak Cek @ CikCek kata ada award suh amik. Ingat ada tugasan berat macam tu hari... hihihi. Alhamdulillah... cuna tag 8 orang jer, okeylah CT suka. Terima kasih Kak Cek, CT hangkut dan gantung terus.

Dan inilah antara teman2 yang memang Stylish Blogger.... Jeng2, antaranya :

1. Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan...
2. Kak Ummi - Home Sweet Home
3. Ayu S'pore- Curlybabe's Satisfaction
4. Nor - Secubit Garam
5. Nani - LifE Is BeaUtiFuL...
6. MamaNoor - -: :- Story of Mama -: :-
7. Gee - Corat Coret Panorama Hidup
8. Tun-Telani - Life is a constant battle..


Kepada teman2 CT yang namanya ada disini, sudi2kan dan luangkan lah masa untuk menerima Award ni ya. Pada nama2 yang tiada tu, jangan berkecil hati. Walaupun nama tiada disini, namun masih lekat dalam hati CT. Jangan berkecil hati hendaknya ya. Semuanya masih tetap dalam ingatan.

Saturday, July 9, 2011

Award Dari Mama Noorsafone


Assalamualaikum... Penat dan naik rebeh bahu CT yang dah sedia comel dan kecik ni tau. Adoii... memang berat nak hangkut Award dari mamanoor ni. Alhamdulillah...Terima kasih buat mamanoor @story of mama yang masih ingat dengan nama CT ni... hihihi. Dalam hidup CT ni tak pernah lagi nak bercerita asal usul dan latar belakang CT pada teman2 ni. Oleh kerana nak hangkut award kena jugalah bercerita serba sedikit tentang diri CT ni.

Agak2nya kalau dah beri ucapan nanti, ada tak yang nak tolong sapukan airmata CT nanti... hehehe. Tak adalah gurau2 jer, CT ni jenis orang yang sabar dan tabah sebenarnya. Ewahh...dah mula nak masuk bakul naik lif nampak... hahaha.

7 perkara yg anda semua perlu tahu tentang CT ialah:-

1. Sebenarnya nama CT banyak yang kawan2 tak tahu, dan ada juga yang dah tahu kan. Nama sebenar dalam IC (Siti Delima Binti Yahya) CT bahagia dan bersyukur dengan nama Siti Delima. Che CT tu nama samaran dalam FB jer. My laling CM yang beri bukan CT yang suka2 nak letak. Sebab masa nak buat facebook pun mesti kena mintak kebenaran dulu bukan suka2 nak buat okey. Bila dah dapat green light baru boleh mulakan segala2nya. Ada juga rakan2 kat Fb yang ingat CT ni orang Terangganu... hahaha. Sebab nama depan tu bermula dari Che dia cakap. Apa2 lah asal sebutan CT tu betul... hehehe. Oleh kerana mengunakan nama Che Ct kat facebook ni ramai rakan2 sekolah lama CT yang tak dapat nak cari, hingga CT sendiri yang cari diaorang tu semua. Alhamdulillah... tu yang kekal dok panggil Che Ct sampai sekarang :DD

2. CT ni anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim. Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah tanggal 22hb July 1967 tepat pukul 11:25 pagi. Mempunyai adik beradik yang ramai dan bahagia sekali. CT anak yang ke 7 dari 11 adik beradik, 4 lelaki dan 7 perempuan.

3. Suka memasak dan tak suka melipat kain baju okey... hehehe. Memang tak suka, tapi nak buat macamana kena jugalah lipat kalau tak tinggi mengunung lah kain tu dok dalam bakul... hahaha. CT ni nampak jer macam riuh, tapi bila dah jumpa mesti pemalu macam apa.. hehehe. siapa yang dah jumpa tu mesti tahu :D

4. Minat CT banyak sebenarnya, tapi lebih cenderung pada memasak dan menjahit lah. Sebab tu kalau dah Raya jer mesti kena jahit baju sendiri dari tempah2 ni. Ada kelebihan jadi kita lakukkan dengan terbaik betul tak :D

5. Kalau boleh tak suka pada kawan yang suka menikam belakang. Kalau tak suka cakap depan2 jadi kita tak lah tersedak2 setiap masa betul tak..??? Bersikap jujur lebih baik dari kita berpura2 baik. Itulah prinsip CT dari dulu sampai sekarang.

6.Bila dah dok depan laptop ni macam kena lekat dengan gam gajah. Payah betul nak bangun, kadang2 sampai leka nak buat kerja2 rumah. Sampai sedar2 dah 2-3 jam CT dok mengadap kat situ jer... hissss. Tobat betul kalau dipikir2kan... huhuhu

7. Bila dah megadap TV dan suka satu cerita tu akan suka sampai bila2. Nak2 bila dah suka pada drama Korea, sampai habis sanggup dok tunggu cerita ... hehehe. Dah boleh cakap sikit2 pun dah kira okey lah kan.


CT rasa Ct tak nak lah tag siapa2, sebab dah semuanya yang buat tak tahu nak tag kat siapa pulak. Harap yang ni kira bernasib baik lah eh. Lain kali CT akan TAG teman2 pulak... hehehe. Daaaa....

Thursday, May 12, 2011

Kad Dari Geng Rajin Di Dapur



Assalamulaikum... CT nak mintak maaf pada teman2 sebab lambat nak publis Kad sempena Hari IBU dan Folower Award kelmarin. Baru hari ini CT sempat nak gantung kat blog CT ni. Terima kasih atas ingatan teman2 semua. Yang ini follower award istimewa dari Naz , terima kasih banyak ya Naz atas ingatan yang ikhlas buat Kak CT. Cantik sangat.. hati yang sentiasa segar dan merah membara :DD

Ini pula dari Yatiememeries @ Yatie. Terima kasih ya banyak2 atas ingatan sempena hari IBU. Maaf lah lambat sikit gantung, sebab kak ct cari paku dengan hammer tak jumpa2. Ini dah jumpa terus cepat2 gantung takut kena marah kang dengan cikgu Yatie... hihihi


Dan Yang ini pulak dari Mamanoor. Terima kasih ya mama walau pun baru mengenali namun kita dah mesra macam dah lama berjumpa, ct suka kaler beg ni. Mamanoor macam tau2 jer CT minat pink kaler... hihihi.

Okey dah selesai satu tugas, sok lusa nak masuk balik Dapur CT tu, sibuk sikit lah mana nak masak, nak mengemas nak bersihkan dapur macam2 kerja nak buat. Harap semua teman2 dapat menikmati resipi yang tak seberapanya Dari Dapur CT. Terima kasih diatas sokongan teman2 CT semuanya... sayang kamu. Muahhhh !!