Saturday, July 9, 2011

Award Dari Mama Noorsafone


Assalamualaikum... Penat dan naik rebeh bahu CT yang dah sedia comel dan kecik ni tau. Adoii... memang berat nak hangkut Award dari mamanoor ni. Alhamdulillah...Terima kasih buat mamanoor @story of mama yang masih ingat dengan nama CT ni... hihihi. Dalam hidup CT ni tak pernah lagi nak bercerita asal usul dan latar belakang CT pada teman2 ni. Oleh kerana nak hangkut award kena jugalah bercerita serba sedikit tentang diri CT ni.

Agak2nya kalau dah beri ucapan nanti, ada tak yang nak tolong sapukan airmata CT nanti... hehehe. Tak adalah gurau2 jer, CT ni jenis orang yang sabar dan tabah sebenarnya. Ewahh...dah mula nak masuk bakul naik lif nampak... hahaha.

7 perkara yg anda semua perlu tahu tentang CT ialah:-

1. Sebenarnya nama CT banyak yang kawan2 tak tahu, dan ada juga yang dah tahu kan. Nama sebenar dalam IC (Siti Delima Binti Yahya) CT bahagia dan bersyukur dengan nama Siti Delima. Che CT tu nama samaran dalam FB jer. My laling CM yang beri bukan CT yang suka2 nak letak. Sebab masa nak buat facebook pun mesti kena mintak kebenaran dulu bukan suka2 nak buat okey. Bila dah dapat green light baru boleh mulakan segala2nya. Ada juga rakan2 kat Fb yang ingat CT ni orang Terangganu... hahaha. Sebab nama depan tu bermula dari Che dia cakap. Apa2 lah asal sebutan CT tu betul... hehehe. Oleh kerana mengunakan nama Che Ct kat facebook ni ramai rakan2 sekolah lama CT yang tak dapat nak cari, hingga CT sendiri yang cari diaorang tu semua. Alhamdulillah... tu yang kekal dok panggil Che Ct sampai sekarang :DD

2. CT ni anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim. Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah tanggal 22hb July 1967 tepat pukul 11:25 pagi. Mempunyai adik beradik yang ramai dan bahagia sekali. CT anak yang ke 7 dari 11 adik beradik, 4 lelaki dan 7 perempuan.

3. Suka memasak dan tak suka melipat kain baju okey... hehehe. Memang tak suka, tapi nak buat macamana kena jugalah lipat kalau tak tinggi mengunung lah kain tu dok dalam bakul... hahaha. CT ni nampak jer macam riuh, tapi bila dah jumpa mesti pemalu macam apa.. hehehe. siapa yang dah jumpa tu mesti tahu :D

4. Minat CT banyak sebenarnya, tapi lebih cenderung pada memasak dan menjahit lah. Sebab tu kalau dah Raya jer mesti kena jahit baju sendiri dari tempah2 ni. Ada kelebihan jadi kita lakukkan dengan terbaik betul tak :D

5. Kalau boleh tak suka pada kawan yang suka menikam belakang. Kalau tak suka cakap depan2 jadi kita tak lah tersedak2 setiap masa betul tak..??? Bersikap jujur lebih baik dari kita berpura2 baik. Itulah prinsip CT dari dulu sampai sekarang.

6.Bila dah dok depan laptop ni macam kena lekat dengan gam gajah. Payah betul nak bangun, kadang2 sampai leka nak buat kerja2 rumah. Sampai sedar2 dah 2-3 jam CT dok mengadap kat situ jer... hissss. Tobat betul kalau dipikir2kan... huhuhu

7. Bila dah megadap TV dan suka satu cerita tu akan suka sampai bila2. Nak2 bila dah suka pada drama Korea, sampai habis sanggup dok tunggu cerita ... hehehe. Dah boleh cakap sikit2 pun dah kira okey lah kan.


CT rasa Ct tak nak lah tag siapa2, sebab dah semuanya yang buat tak tahu nak tag kat siapa pulak. Harap yang ni kira bernasib baik lah eh. Lain kali CT akan TAG teman2 pulak... hehehe. Daaaa....

1 comments:

  1. Assalam ct,
    part no 6 tu samalah kita ya..heheh macam montot kita ni dah melekat terus tak boleh bangun kalau dah ngadap depan pc kan..hehe..part menjahit tu..heheh..paham2 ajelah ct..hehe..
    kira kita ni tua bulan ajelah ya..sesungguhnya nice knowing you too ct..

    ReplyDelete