Thursday, October 27, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Tahun


Che Mat & Che CT

Tanggal 26 hb Oktober genaplah usia perkahwinan kami berdua yang ke 20 tahun. Usia yang agak lama untuk kami kecapi bersama penuh dengan onak duri, berbagai dugaan yang kami tempuhi. Susah senang kami harungi bersama. Dan dikurniakan dengan anak2 yang sangat kami sayangi 4 orang semuanya. Semoga zuriat2 kami ini akan menjadi anak2 yang soleh dan soleha. Anak2 yang boleh mendoakan untuk kami berdua jika kami telah tiada nanti, insya'Allah... Aminnn Ya Rabbal Alamin..

Duhai suamiku tersayang,

Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku.

Ya Allah,
Hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.


Ya Allah,
Izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit dihati kami.


Ya Allah, berkatilah Cinta dan Kasih sayang kami berdua.


5 comments:

  1. Assalam CT..salam ziarah dari acik dan selamat menyambut ulang tahun perkahwenan yang ke 20..alhamdulillah .semoga terus berbahagia disamping keluarga.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak ct cayang...
    Maaf diana terlepas entri nie.. maaf juga kerana lambat wish.. Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 20 buat akak ct n suami.. Diana doakan moga akak dan suami kekal bahagia hingga ke akhit hayat... Amin..

    ReplyDelete
  3. opss.. typo plak... bukan akhit... * akhir * sebenarnya.,..

    ReplyDelete
  4. Acik Erna ~

    Wa'salam ..tr kasih diatas doa2 nya buat kak ct dan suami.. aminnn. semoga Erna juga kekal bahagia bersama suami hingga akhir hayat..aminnn

    ReplyDelete
  5. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana maniss.. terima kasih doakan untu k.ct dan suami ya diana. tak apa masih belum terlambat lagi ni..hehehe.

    ReplyDelete